Kifayah Care

PENGENALAN

Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.
Menyedari hakikat ini Agensi Fauzi Abdul Jalil Sdn Bhd bekerjasama dengan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan KIFAYAH CARE pada tahun 2021, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Keistimewaan Kifayah Care

  1. 1
    Melindungi Seisi Keluarga

    Tiada had untuk bilangan anak melalui satu pelan keluarga

  2. 2
    Mudah digunakan

    Diterima di lebih 160 hospital panel pakar swasta di seluruh Malaysia

  3. 3
    Manfaat komprehensif

    Melindungi kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan

  4. 4
    Mampu dimiliki

    Kadar sumbangan yang mampu dimiliki

  5. 5
    Mudah disertai

    Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan sumbangan melalui potongan gaji Biro Angkasa

PERUTUSAN PRESIDEN KGMMB

Assalamualaikum W.B.T

Kepada para ahli KGMMB serta warga pendidik yang dihormati. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya meneruskan dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh-Nya.

KGMMB adalah satu badan profesional dalam bidang pendidikan yang mendukung dan memperjuangkan pembinaan “Negara Bangsa” berasaskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk merealisasikan hasrat KPM.

Pelbagai faktor yang mendorong berlakunya bebanan kesihatan selain gaya hidup serta tekanan menjalankan tugasan. Justeru itu, KGMMB melalui mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung (MJKA) telah membuat keputusan beralih daripada Insurans Konvensional kepada insurans berasaskan patuh syariah (Takaful) dengan memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan yang dinamakan “KIFAYAH CARE” dan telah berkolaboratif bersama syarikat AGENSI FAUZI ABDUL JALIL SDN BHD bagi membantu warga pendidik dibawah KPM khususnya dan serta anggota sektor awam secara amnya yang berkhidmat dibawah KPM, KPT serta institusi-institusi pendidikan di negara secara umumnya.

Saya dengan ini menyeru dan menggalakkan agar anda menyertai Program ini kerana ianya amatlah murah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat.

Sekian, Terima Kasih. “HIDUP BERBAKTI”

Cikgu Jasni Md Kechik, B.K.M
Presiden
Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat KGMMB

    KGMMB dengan kerjasama Fauzi Agency Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan Kifayah Care pada tahun 2021, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

    ALAMAT

    AGENSI FAUZI ABDUL JALIL SDN BHD
    No. 6 Kompleks Perniagaan Jelatek,
    Jalan Kompleks Perniagaan Jelatek,
    Off Jalan Langgar, 05460 Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.

    Khidmat Pelanggan

    800-88-2318

    Khidmat Tuntutan

    800-88-2318

    EMAIL

    kifayahcare@fauziagency.com