BERIKUT ADALAH PERLINDUNGAN DAN PENGECUALIAN DI BAWAH SKIM INI

PERLINDUNGAN 24 JAM DI SELURUH DUNIA

JENIS PELAN PERLINDUNGAN

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan Kifayah Care mempunyai 2 Jenis Pelan Perlindungan iaitu:

1. Pelan Individu

Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 59 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

2. Pelan Keluarga

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.

JENIS RAWATAN DILINDUNGI

Berikut merupakan jenis rawatan yang dilindungi oleh Kifayah Care.

HAD PERLINDUNGAN

Berikut merupakan had perlindungan bagi setiap ketidakupayaan dan jumlah had tuntutan bagi setiap satu tahun untuk kedua-dua pelan

1. Pelan Individu

Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli sahaja sebanyak RM40,000 setiap tahun.

RM20,000 – Setiap Ketidakupayaan
RM40,000 – Had Tahunan

2. Pelan Keluarga

Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak sebanyak RM80,000 setiap tahun.

RM20,000 – Setiap Ketidakupayaan
RM80,000 – Had Tahunan

SKOP PERLINDUNGAN & JADUAL MANFAAT

Program Takaful Kifayah Care meringankan beban kos rawatan di hospital pakar swasta, bermula dari rundingan sebelum penghospitalan atau pembedahan sehingga rawatan susulan. Skop Perlindungan Kifayah Care termasuk

PENGECUALIAN

Berikut adalah pengecualian di bawah Program Takaful ini, untuk maklumat lengkap, sila rujuk “MAKLUMAT LENGKAP PENGECUALIAN”

    KGMMB dengan kerjasama Fauzi Agency Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan Kifayah Care pada tahun 2021, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

    ALAMAT

    AGENSI FAUZI ABDUL JALIL SDN BHD
    No. 6 Kompleks Perniagaan Jelatek,
    Jalan Kompleks Perniagaan Jelatek,
    Off Jalan Langgar, 05460 Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.

    Khidmat Pelanggan

    800-88-2318

    Khidmat Tuntutan

    800-88-2318

    EMAIL

    kifayahcare@fauziagency.com